Home Rencana PAS Selangor

Doa kesembuhan buat Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan – Ketua Penerangan DMPN Selangor

329
SHARE

May be an image of 1 person, headscarf and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Nor Zarina Mohd Azhar
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Seorang yang senyuman sentiasa terukir di wajahnya. Ustazah Wan, Kak Wan, Kak Na, Ummi Wan itulah diantara namanya yang sering diseru dan dipanggil oleh saudara sahabat dan teman seperjuangan.

Mendapat perkhabaran Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor berada dalam ujian Covid-19 ketika ini, menjadikan hati kami semua lebih bersatu dan kuat memohon, meminta dan merayu kepada Allah Yang Maha Penyembuh agar izinkanlah kesembuhan diberikan kepada pimpinan kami ini. Disaat ujian melanda ketika ini, hati kami mudah menjadi sayu dan hiba. Inilah bukti kami terlalu kerdil dan lemah di sisiMu Allah yang benar-benar mengharapkan kasih sayang Mu agar mengembalikan semula kesihatan kepada pemimpin kami.

Perjuangan untuk mendaulatkan agama Mu dan menegakkan yang hak di atas yang batil ini masih panjang dan penuh beronak liku. Kami masih memerlukan pimpinan-pimpinan kami untuk terus memimpin kami melangkah dengan dasar dan prinsip perjuangan yang berharmoni dengan budaya politik matang dan sejahtera.

Sesungguhnya ujian Covid-19 ini tidak mengenal siapa yang menjadi tempat persarangannya. Berusahalah kita bersama-sama mematuhi SOP walau di mana sahaja kita berada. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memulihkan suasana persekitaran kelompok dengan mengambil vaksin. Bermohonlah pergantungan kepada Allah untuk menghijabkan kita sebagai makhluk Allah yang sedang berusaha untuk terus menyelamatkan nyawa dengan makhluk Allah yang tidak terlihat dengan mata kasar bernama wabak COVID-19.

Kak Wan kami…
Berehatlah seketika untuk terus kembali pulih dan sihat sepenuhnya. Terlalu jauh dan masih banyak kerja perjuangan demi ummah yang tergalas di bahu-bahu kita. Mudah-mudahan langkah perjuangan kita semua selepas ini, akan lebih istiqamah dan menjemput redha beriringan dengan rahmat Allah serta mengeratkan simpulan ukhuwah yang tidak akan terlerai sehingga ke Syurga.

Doa dari kami, buatmu Srikandi Perjuangan Islam.

18 Ogos 2021 | 9 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor