Home Uncategorized

Guru Obor Pertiwi – YB Adun Ayer Hitam

45 views
SHARE

PERUTUSAN YB ADUN AYER HITAM SEMPENA HARI GURU
16 MEI 2019

GURU OBOR PERTIWI

1. Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat dan telah menjadi rutin kepada para pendidik di seluruh negara meraikan sambutan hari guru.

2. Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna kepada insan yang bergelar guru. Sambutan yang diadakan pada setiap tahun ini adalah sebagai penghargaan dan penghormatan kepada warga pendidik yang telah banyak mengorbankan tenaga dan menaburkan jasa demi melahirkan generasi yang terbilang untuk membangunkan negara yang tercinta.

3. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh Malaysia khususnya dalam DUN Ayer Hitam.

4. Tema hari guru pada tahun ini ialah “ Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi ”. Pemilihan tema ini amat bertepatan dengan tanggungjawab seorang guru yang memerlukan mereka menghayati dan menjiwai peranan serta mempunyai nilai dan
pekerti yang mulia demi membangunkan anak bangsa dan mengangkat martabat negara.

5. Guru diibaratkan sebagai obor yang akan menjadi penyuluh dan penunjuk jalan kepada murid-muridnya. Oleh sebab itu, roh guru perlu ada di dalam diri setiap guru demi melahirkan murid yang berkualiti merangkumi semua aspek seperti intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Untuk melihat kemenjadian murid betul-betul berlaku maka tugas sebenar guru perlu direalisasikan dengan jayanya.

6. Pengalaman saya bekas seorang guru juga sedikit sebanyak mengingatkan saya betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru demi memastikan kejayaan pelajar-pelajar.

7. Saya doakan semoga guru-guru yang berkhidmat dalam DUN Ayer Hitam ini dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam suasana sejahtera.

“Ayer Hitam Sejahtera”

YANG BENAR

YB CIKGU HAJI AZHAR IBRAHIM
ADUN Ayer Hitam