Home Artikel PAS Perlis

ADUN Guar Sanji Serah Sumbangan Ramadhan

117 views
SHARE

Oleh: Nur Fariha Husna

ARAU : Seramai 50 orang golongan asnaf yang tinggal dalam DUN Guar Sanji di sini, telah terpilih untuk menerima sumbangan sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan al-Mubarak 2019.

Majlis berkenaan diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji, dekat sini pagi tadi.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian itu telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Menurut Ustaz Mohd. Ridzuan, sumbangan berkenaan diberikan bagi membantu meringankan perbelanjaan mereka dalam bulan Ramadhan ini.

“Selain itu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang serta keluarga PKWR yang berada di Kuala Lumpur atas sokongan kepada majlis yang diadakan sepanjang Ramadhan al-Mubarak tahun ini,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Seusai majlis, beliau bersama-sama dengan ketua-ketua PAS cawangan dalam DUN Guar Sanji telah menziarahi para penerima sumbangan yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut bagi menyerahkan sumbangan kepada mereka.