Pagi ini di Parlimen Guang Eng yang terkapai- kapai kelemasan menjawab soalan tambahan daripada Yb Kota Bharu tentang Projek ECRL yang di batalkan.
Seperti biasa, bila tidak dapat menjawab soalan dan kelemasan Guang Eng terus menjadikan Kelantan sebagai “punching bag”. Lebih memeritkan dengan fakta kelaut, Guang Eng jadi manusia yang sangat tidak berhati perut menuduh Kelantan tidak mampu membayar gaji.
Bila kami tidak dapat bayar gaji kakitangan awam? Ataupun pernahkah kakitangan awam Kelantan terlewat menerima gaji?
Jika meminta bantuan daripada kerajaan pusat sebagai alasan, apakah negeri lain tidak memohon bantuan daripada kerajaan pusat dan adakah ia bercanggah dengan perlembagaan?
Selain daripada semua di atas, royalti kami bila nak bayar. Takkan Sabah dan Sarawak saja yang mendapat. Kerajaan yang dicerminkan sebagai kerajaan rakyat lebih kurang sama dengan kerajaan yang kleptokrasi dahulu.
Dua kali lima dan lima kali dua jawapan sama sepuluh wahai Guang Eng.
ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai
10 Safar 1440/22 Oktober 2018
https://www.facebook.com/UstazLatiff4KualaKrai/posts/2133436786699770