Oleh NORZANA RAZALY
BACHOK, 29 Jun: Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD) menyediakan Gerobok Rezeki untuk membantu asnaf yang terputus bekalan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Timbalan Pengerusinya, Dr Wan Martina Wan Yusof berkata, para asnaf dan golongan yang memerlukan bantuan boleh mendapatkannya melalui pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak berwajib.
Beliau menyarankan orang ramai menyebarkan nombor telefon Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), penghulu, imam atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdekatan.
Sehubungan itu, masyarakat diminta terus menghubungi MKD untuk mendapatkan bantuan atau menyalurkan informasi jiran yang terkesan akibat PKP 3.0 ini kerana Gerobok Rezeki MKD bersedia membantu melalui petugas berikut:
Dr Martina 017-981 1966
Cikgu Nik Asiah 018-969 6575
Cikgu Nurul 010-935 2530
Kak Dah 011-3947 8373
Afiq 013-949 8200
Norhanan 011-1067 3006
Mami 019-319 7969