Home Kenyataan Media PAS Perlis

Sokong beri kelonggaran kepada negeri rendah kes Covid-19

18
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

PEMUDA PAS PERLIS SOKONG BERI KELONGGARAN KEPADA NEGERI-NEGERI MENCATATKAN KES COVID-19 YANG RENDAH

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) menzahirkan rasa syukur kerana negeri Perlis mencatatkan kes yang rendah berbanding dengan negeri-negeri yang lain, bahkan sudah lebih seminggu mencatatkan bilangan kes satu angka sahaja.

2. Ini membuktikan bahawa rakyat di negeri ini mematuhi SOP yang digariskan pihak kerajaan namun masih perlu mengharungi PKP seperti negeri-negeri lain.

3. DPPNPs juga menyokong penuh usaha YB Menteri Besar Perlis yang membawa cadangan supaya negeri ini diberikan status Fasa 3 dalam mesyuarat MKN yang dihadirinya baru-baru ini serta pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berjanji akan meneliti pemberian kelonggaran SOP kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes Covid-19 yang rendah.

4. Justeru, DPPNPs berpendirian negeri Perlis seharusnya diberi  kelonggaran memandangkan kes harian yang dicatatkan hanya satu angka sejak beberapa minggu yang lalu.

5. DPPNPs yakin dengan sikap dan disiplin yang tinggi dalam kalangan rakyat di negeri ini, mampu mengubah status negeri ini menjadi zon hijau. Kami juga menyeru rakyat Perlis untuk terus mematuhi SOP serta mendaftarkan diri untuk menerima vaksin Covid-19.

Yang benar,
MUHAMMAD AZMIR BIN AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
1 Julai 2021 | 20 Zulkaedah 1442H