”GERAKAN BAWAH TIKAR”
Sekali Serban Dililit. 106
12 Jamadil Akhir 1440 | 18 February 2019
PH : Retak Menanti Belah
Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit
1. Memperjuangkan Islam agar ia dapat ditegakkan di atas tanahair ini memerlukan keupayaan tinggi dalam membaca realiti politik dan percaturan para politikusnya.
2. Justeru itu, keutamaan berpolitik bagi PAS adalah meletakkan kedudukan Islam dan ummatnya dalam keadaan selamat dan selayaknya.
3. Tatkala PAS menghidu “gerakan bawah tikar” yang mula aktif dalam PH untuk “mengguling” kan Tun Dr Mahathir dari kerusi Perdana Menteri pada bulan Mac ini, maka diantara langkah segera PAS ialah :
Menyatakan sokongan terbuka kepada YAB Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri agar diberi kepercayaan memimpin sehingga PRU ke 15 akan datang.
4. Pertelingkahan “senyap” dalam PH mula disedari awam melalui kenyataan para pemimpin mereka yang saling “bersilang kata” dan “menjulur lidah” diantara mereka.
5. Bahtera PH kini telah alami keretakan serius yang pastinya menunggu belah dan bakal karam.
6. Tindakan nekad mereka ialah berusaha untuk menjatuhkan YAB Tun Mahathir yang sememangnya difahami dari kenyataan pemimpin mereka, bahawa Tun M hanyalah sekadar batu loncatan untuk mereka berkuasa.
7. Kini mereka ditampuk kuasa. Tun M pula dilihat sebagai spoiler untuk merealisasikan beberapa rencana dan matlamat perjuangan mereka selama ini.
8. PAS sejak awal telah menyedari, bahawa objektif dan matlamat perjuangan DAP yang kini mendominasi PH adalah sangat merugikan Islam dan ummatnya.
9. Point ini jugalah yang menjadi faktor utama kenapa PAS memutuskan Tahaaluf Siasi dengan DAP sewaktu dalam Pakatan Rakyat dahulu.
10. Kemaraan dan penguasaan DAP serta bonekanya dalam kerajaan dan politik negara mesti dihalang.
11. Pada masa yang sama, kesedaran ummat Islam untuk mengembalikan pengaruh dan kuasa politiknya mesti digerak aktif. Bijak mengatur strategi dan licik merencana tindakan.
12. Jangan biarkan ummat Islam bertelingkah sesama sendiri sementara golongan anti Islam bermaharajalela dibawah pengaruh Islamophobia, menjarah politik dan ekonomi negara.
Ummat Islam Bangkit
Sekian.