Home Berita PAS Johor

Munaqashah Ucaptama Ketua DMPM : Johor Bakal Jadi Kunjungan

954
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

JOHOR: Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, DMPNJ berhasrat mengembalikan momentum dan semangat juang ahlinya menerusi program TEGAS 1.0 yang bakal dilangsungkan pada 22 Febuari ini.

Menurut Ketua Penerangan Muslimat PAS Johor, Pn Normala Sudirman program tersebut bakal menghimpunkan lebih 100 ahli dari seluruh negeri itu untuk ‘mengulangkaji’ Ucaptama DMPM lepas.

Tidak mustahil bagi DMPNJ untuk mengerahkan ahli seramai itu memandangkan di Johor sahaja sudah ada 25 cawangan parti PAS.

Beliau yang baru sahaja selesai berurusan dengan pihak Hotel Ramada Meridin, Johor Bahru
juga menyifatkan lokasi yang dipilih adalah bersesuaian.

“Di Hotel Ramada Meridin ini, selain dewan yang luas, terdapat juga tempat makan yang selesa dan ruang untuk anak-anak bermain.” Ujarnya ketika sesi perbincangan sesama jawatankuasa program.

Program yang dijangka tamat pada jam 2.00 petang itu bakal menampilkan YB Senator Ustazah Nuridah Salleh selaku Ketua Muslimat DMPM, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua LPHM Malaysia dan Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya PAS negeri Johor.

Menerusi penganjuran ini,diharap hala tuju bersama Muslimat PAS Malaysia dan negeri dicerakinkan supaya dapat diterjemahkan oleh sekelian ahlinya dalam bentuk tindakan di Kawasan masing-masing.

Semoga, melalui pemantapan dakwah ini dapat mencorak politik Islam di Johor di kemudian hari.