Home Berita PAS Kelantan

GEMPUR 22 beri peluang 80 OKU berniaga

174
SHARE

KOTA BHARU, 20 Jan: Program “Gerak Ekonomi Mandiri (Belia/Beliawanis OKU) Pemangkin Usahawan Rakyat 2022 (GEMPUR 22) anjuran Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS) dengan kerjasama Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK) disertai 100 peserta termasuk 80 insan istimewa ‘OKU’.

Program dua hari satu malam tersebut berlangsung di H Elite Design Hotel Kota Bharu pada 16 hingga 17 Januari itu menggabungkan kaedah pelbagai pendekatan yang dikendalikan sepenuhnya oleh penggiat MPPOK dengan dukungan langsung pegawai U-BeS dan sukarelawan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Zuraidin Abdullah berkata program seperti itu wajar diperbanyakkan sebagai langkah pemula untuk membuka minda golongan OKU.

“Inisiatif ini sangat terpuji dalam memberi peluang OKU mendalami dunia perniagaan dengan lebih meluas dan menjadi usahawan berdikari”, katanya ketika merasmikan majlis penutup yang turut dihadiri, YB Senator Dr Wan Martina Wan Yuso