Home Uncategorized

Gelombang hijau kuning mewarnai Kembara Sahur 2.0 Pemuda PAS Kawasan Jerlun

77 views
SHARE

JERLUN – 25 Mei 2019 Pemuda PAS Jerlun telah mengadakan program bersiri yang dinamakan Kembara Sahur 2.0, sebelum ini mereka telah laksanakan aktiviti ini di sekitar DUN Ayer Hitam, semalam seramai 30 orang pemuda PAS Kawasan Jerlun dan Kelab Bermotor (ARC) Jerlun bersama jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Kota Siputeh (MTD) berkonvoi bagi menyumbang juadah sahur dalam program Kembara Sahur 2.0 pemuda PAS Jerlun pada awal pagi semalam.

Ketua Pemuda PAS Jerlun, Ustaz Abdul Hadi Omar berkata, dia bersama rakannya telah merancang program ini memilih untuk turun di setiap DUN dalam Parlimen Jerlun ini.

Katanya, pada semalam, pihaknya telah memilih untuk mengagih makanan sahur di beberapa lokasi sekitar Kodiang dengan menyediakan makanan dan minuman untuk bersahur.

“Alhamdulillah kerja pengagihan, kita telah pergi bertemu dan menyampaikan kepada anggota Polis yang sedang bertugas di Balai Polis Kodiang, Pengawal keselamatan di SK Kodiang, SK Si Puteh, SMKA Jerlun, MADA Kodiang dan BERNAS Kodiang.

“hasrat kami dengan mengadakan aktiviti berkebajikan ini untuk berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dan aktiviti semalam kami sangat gembira melihat keceriaan dan kegembiraan penerima-penerima yang rata-rata sangat terharu dengan kedatangan mengejut kami, Insha Allah program Kembara Sahur ini akan dijadikan aktiviti tahunan di bulan ramadhan. ” katanya.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua pimpinan MTD Kota Siputeh yang diketuai oleh Timbalan Pengarah MTD Kota Siputeh Haji Asri Ghazali dan seluruh pemuda dari cawangan-cawangan yang hadir menjayakan aktiviti Kembara Sahur 2.0 ini.

Semalam pemuda Jerlun telah merasmikan pakaian seragam aktiviti “outdoor” terbaru mereka dengan mengenakan pakaian jersi Kedah versi pemuda Jerlun, mereka juga telah membuka tembahan kepada sesiapa yang berminat dengan menghubungi Akmal Abdullah di talian 011-1440 5653, membeli sambil menderma kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun.