Home Artikel PAS Johor

Gembira Dikongsi Bersama

150 views
SHARE

GEMBIRA DIKONGSI BERSAMA

SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah menyampaikan bonus raya kepada staf-staf PASTI Negeri Johor, di sini semalam.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor diwakili oleh Ketua Pemudanya, Ustaz Ahmad Nawfal bin Mahfodz dan Pengarah PASTI Negeri Johor, Ustaz Rofizen bin Ibrahim.

Peruntukan bonus yang diluluskan berjumlah lebih RM10000 turut dinikmati oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah sesi 2017-2019, Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Johor serta Pengerusi PASTI kawasan-kawasan seluruh negeri Johor.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal berkata, “DPPNJ berterima kasih dan menghargai segala sumbangan tenaga mereka yang telah terlibat dengan PASTI Negeri Johor.

“Diharapkan PASTI Negeri Johor dapat meningkatkan prestasi yang baik sebagai salah satu agensi di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dalam melahirkan generasi AlQuran.