Home Berita PAS Kedah

Gelisah jalan tak berturap selesai

30
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

PADANG TERAP, 14 Okt – Setelah bertahun tahun menggunakan jalan tanah merah akhirnya penduduk Kampung Bagan, Pedu menarik nafas lega selepas jalan disitu mula dinaik taraf.

Salah seorang penduduk yang tidak ingin dikenali berkata, permohonan untuk mendapatan jalan berturap telah dibuat bertahun-tahun, akhirnya membuahkan hasil.

Menurutnya, tekanan yang dialami penduduk disitu berkurangan apabila menggunakan jalan baharu yang lebih selesa.

“Terima kasih kepada ADUN Pedu, YB Radzi Md Amin dan pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu kerana mendengar keluhan kami”, kata beliau.

Sementara itu, wakil PKWR DUN Pedu, Muhammad Talib berkata usaha menaik taraf jalan-jalan dikampung disekitar Pedu sedang giat dijalankan.

“Di Kampung Bagan, peruntukan untuk menurap jalan dan pemasangan saluran pembentung konkrit diberikan memandangkan jalan disitu kerap mengalami kejadian kemalangan”, kata beliau.