Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Kluster baharu Belimbing Dalam

109
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 14 Okt: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Belimbing Dalam yang dikesan di Mukim Durian Tunggal dalam Daerah Alor Gajah.

Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, kluster yang merupakan kluster komuniti ini telah merebak dalam kalangan penduduk dengan 33 kes positif direkodkan setakat ini.

Laporan kes positif baharu

Menurut JKN Melaka, sebanyak 255 kes postif baharu direkodkan hari ini di mana 243 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori import A, tiga kes daripada kes import B dan tiga kes kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 139 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 26 kes di Daerah Jasin dan 90 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 344 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 2859 kes masih dirawat, berkurang berbanding 2950 kes semalam dengan 16 kes adalah daripada kes ICU dan 11 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kematian

Hanya satu kes kematian direkodkan hari ini yang dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan seorang mangsa wanita berumur 55 tahun.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 8084 kes baharu direkodkan hari ini meningkat berbanding 7950 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,369,613 kes.

Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1630 kes, diikuti oleh Sarawak dengan 1061 kes, Kelantan (896), Johor (804), Sabah (691), Pulau Pinang (587) dan Terengganu (452).

Kedah pula merekodkan 416 kes, Perak (409), Kuala Lumpur (304), Pahang (289), Negeri Sembilan (184), Perlis (82), Putrajaya (24), sementara Labuan pula tiada merekodkan sebarang kes.