Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 188 kes baharu, 2 kematian

82
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 13 Okt: Sebanyak 188 kes positif dan dua kematian baharu direkodkan hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 188 kes itu, 180 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori import A, tiga kes daripada kes import B dan tiga kes kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 136 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 38 kes di Daerah Jasin dan 14 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.


Sebanyak 434 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 2950 kes masih dirawat, berkurang berbanding 3198 kes semalam dengan 17 kes adalah daripada kes ICU dan 14 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kematian

Dua kes kematian direkodkan hari ini dengan kedua-dua dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan seorang mangsa wanita berumur 87 tahun dan seorang mangsa lelaki berumur 78 tahun.

Laporan kluster

Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Tempat Kerja (Kilang) yang dikesan di Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah melibatkan 15 kes positif setakat ini dengan punca jangkitan adalah secara sporadik dan merebak ke tempat kerja.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 7950 kes baharu direkodkan hari ini meningkat berbanding 7276 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,361,529 kes.

Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1449 kes, diikuti oleh Sarawak dengan 1165 kes, Kelantan (958), Sabah (751), Johor (703), Terengganu (499) dan Kedah (489).

Pulau Pinang pula merekodkan 474 kes, Perak (405), Pahang (342), Kuala Lumpur (309), Negeri Sembilan (167), Perlis (32), Putrajaya (19), sementara Labuan pula tiada merekodkan sebarang kes.