Home Berita PAS Kedah

Gelisah jalan rosak teruk, terubat

38
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

KUALA KETIL, 30 Nov – Penduduk Kampung Padang Besar menarik nafas lega selepas laluan ke tujuh buah rumah di kampung itu akhirnya diselenggara oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kuala Ketil, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata laluan yang digunakan penduduk di kawasan itu telah rosak sehingga tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

“Aduan telah diterima, kami di PKWR telah membantu memulakan kerja-kerja penyelenggaraan, sementara menunggu proses menurap jalan bermula”, ujar beliau.

 

Beliau juga berharap supaya usaha ini dapat memudahkan urusan penduduk di kawasan itu.