Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu hadir Persidangan BERSATU tanda kerjasama erat

166
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
30 November 2021

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu menghadiri jemputan Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Lahad Datu di Dewan Sri Perdana, di sini pada Ahad.

Ketua Urusan Ulama kawasan, Ustaz Zaki Ibrahim berkata, kehadiran ke persidangan tersebut sebagai tanda ikatan antara PAS – BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) dan atas kerjasama erat dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang didukung bersama BN dan PBS.

Beliau mengucap ribuan terima kasih dan tahniah kepada Ketua Bahagian BERSATU Lahad Datu, Haji Abdul Hakim Ghulam Hassan atas jemputan serta penganjuran persidangan tersebut.

“ Besar harapan kami agar perpaduan ini akan terus berkekalan kerana hasil gabungan bersama PN, BN dan PBS dalam GRS semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas, kita telah mendapat mandat rakyat yang kukuh.

“Ini menunjukkan rakyat mahukan satu pemerintahan dan gabungan parti yang stabil untuk mentadbir negeri,” ujarnya lagi.