Home Berita PAS Wilayah

Perlawanan persahabatan tiga penjuru ,pentas terbaik uji kemampuan pasukan

91
SHARE

OLEH:MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU 30 Nov:Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju telah mengadakan perlawanan persahabatan tiga penjuru yang disertai DPPWM FC bersama Cikgu Chong Hwa dan DPPKT FC dijadikan pentas menguji prestasi pasukan pada ahad lepas.

Pengarah DACS Wangsa Maju, Ahmad Zulhelmi Ahmad Kamal berkata,penyertaan pasukan dalan perlawanan persahabatan ini merupakan peluang terbaik untuk mengenalpasti persefahaman selain mengukur tahap kecergasan barisan pemain.

Perlawanan yang berlangsung dengan cukup sengit apabila 3 pasukan saling mengatur gerak untuk mencari gol awal. Namun begitu, DPPWM FC kelihatan lebih dominan untuk mengawal tempo perlawanan sambil mengatur gerak ke kubu lawan.

Serangan berterusan pasukan DPPWM FC menerusi gerakan satu dua yang berjaya dicipta dalam kawasan DPPKT FC hampir membuahkan hasil apabila melakukan satu percubaan jauh sedikit tersasar.

Keputusan perlawanan 3 penjuru DPPWM FC (1- 1) Cikgu Chong Hwa, DPPWM FC (3 – 0) DPPKT FC dan Cikgu Chong Hwa (1 – 1) DPPKT FC