SIK, 6 Julai : Alhamdulillah, pada hari ini staf dan petugas sukarelawan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) meneruskan lagi aktiviti gotong royong menyiapkan masakan tengah hari istimewa kepada frontliners Daerah Sik.
Seusai memasak yang diketuai Chef Saifudin Rosli yang merupakan Duta Ayam Bismi, saya bersama Chef Saifudin terus ke Kawasan Sik serta Chef Saifudin terus ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Sik, Pejabat Daerah & Tanah Sik untuk mengagihkan makanan tengah hari kepada semua petugas di situ. Sumbangan makanan tengah hari telah disampaikan kepada Tuan Mahamad Suhaimi bin Man, Pengerusi PKOB merangkap Tuan Pegawai Daerah Sik.
Seusai di PKOB saya terus ke Klinik Kesihatan Desa Charok Pelanduk, Hujung Bandar, Lubuk Tualang, Chepir, dan Tanah Hitam.
Dalam pada yang sama Haji Badrul Hisham bin Abdul Rahman Pegawai Khas II kepada YAB Menteri Besar Kedah telah mengagihkan makanan tengah hari kepada Klinik Desa Kota Bukit, Teloi dan Tupai.
150 pek makanan tengah hari telah disampaikan kepada semua frontliners hari ini.
Menu istimewa yang disediakan oleh Chef Saifuddin kepada para frontliners hari ini ialah Menu cadangan Nasi Hujan panas (Basmathi), gulai daging kentang bersama sayur kobis bombey.
Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan sukarelawan PUSRASIK serta AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik yang diketuai Ketua Muslimat Puan Norhasimah Abdul Rahman bersama Jawatankuasa beliau Puan Saemah Abdul Rahman, Puan Salawiyah Ghazali, Puan Zaleha Ishak, Puan Nasiroh Dollah, Puan Saupiah Ramli, yang bertungkus lumus bersama Chef Saifudin dalam menyediakan masakan tengah hari ini.
Semoga para frontliners terus bersemangat dan gigih dalam memberi khidmat bakti kepada rakyat Malaysia dan Sik khususnya.
In sha Allah demi kesejahteraan bersama.