Home Berita PAS Kedah

Bantuan dan sumbangan bencana covid 19 berterusan

19
SHARE

ALOR SETAR, 6 Julai : Sumbangan bantuan bencana Covid-19 sudah jadi aktiviti harian pemimpin PAS Kedah.

Pagi ini, Pesuruhjaya PAS Kedah YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya menyantuni penduduk di 28 buah rumah sekitar Kampung Keriang Pulau.

Petang ini beliau dijadualkan menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan dengan bencana Covid-19 di sekitar Tandop.

Begitu hari-hari yang berlalu dan akan datang, dipenuhi program menyampaikan sumbangan kepada penduduk di serata pelosok negeri.

Semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Penyelaras DUN dibuka sepenuh masa bagi melayani masalah penduduk yang kehabisan bekalan makanan.

PAS akan terus membantu rakyat tidak mengira apa situasi, sekalipun tiada kibaran bendera putih oleh penduduk.