Home Berita PAS Perlis

Ameerah Perlis anjur webinar tangani tekanan pembelajaran maya

33
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

ARAU, 7 Julai: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara maya akibat pandemik Covid-19 telah menjadi satu bentuk cabaran baharu yang harus dihadapi para pelajar institusi pengajian tinggi.

Pelbagai isu yang timbul seperti capaian internet, kemudahan peranti serta keberkesanan aktiviti PdP yang dilaksanakan bukan sahaja seakan tidak berkesudahan, malah menjadi antara faktor yang menyumbang tekanan kepada golongan tersebut.

Menyedari akan hal demikian, Ameerah Perlis mengambil inisiatif untuk menganjurkan webinar bertajuk “Tips & Tricks Exam Open Distance Learning (ODL).

Webinar secara langsung di laman facebook Ameerah Perlis itu bakal berlangsung pada 10 Julai depan jam 9 malam.

Menurut penganjur program, program yang dikhususkan kepada para pelajar itu bermatlamat berkongsi tips yang sesuai kepada mereka bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan Open Distance Learning (ODL) dan mendapat keputusan cemerlang.

Program akan dikendalikan oleh Ikon Ameerah Perlis, Puteri Fatin Nasyuhada Megat Mohamad Halim manakala Ikon Ameerah Pulau Pinang, Nurdinie Irdina Zainal pula akan mengisi webinar berkenaan.

Mereka yang ingin menyertainya, boleh membuat pendaftaran di pautan https://forms.gle/t1VXwymiSmrGpiDX6 manakala sebarang pertanyaan berkenaan webinar boleh diajukan kepada wakil penganjur di talian 018-3908545 (Aina) atau 013-5387007 (Asma’).