Home Berita PAS Kedah

‘Frontliners’ PPV merasa ‘air tangan’ Chef Saifuddin

294
SHARE

SIK – Masakan istimewa ‘air tangan’ Duta Ayam Bismi, Chef Saifuddin Rosli menjadi menu makan tengah hari buat para petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Al-Hana, Pekan Sik, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan para petugas Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) telah menyediakan masakan itu bersama Chef Saifuddin secara gotong-royong.

Sumbang itu diberikan buat 150 doktor, jururawat, kakitangan Pusat Kesihatan, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) serta sukarelawan Jabatan Amal, Briged Muslimat dan Jabatan Belia.

Pek makanan diberikan sebagai menyatakan kebersamaan dan menghargai semangat kegigihan dan khidmat bakti para ‘fronliners’ tersebut adalah berupa nasi royal, ayam masak madu, dalca sayur dan serawa labu manis.

Penerimaan sumbangan istimewa ini disampaikan sendiri Ahmad Tarmizi dan Chef Saifuddin kepada Pegawai Kesihatan II Daerah Sik, Dr Noorul Emilin Khalis yang merupakan Ketua PPV Sik.

Tarmizi dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada semua petugas PUSRASIK dan Chef Saifuddin juga para petugas PPV