Home Berita PAS Kedah

Ibu Ayah MB turut terima suntikan vaksin COVID-19

34
SHARE

SIK – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus dipergiatkan dengan penambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan jumlah petugas kesihatan serta bekalan vaksin di seluruh negara.

Ketika sama, jumlah yang mendaftar dan penerima diberikan suntikan semakin bertambah atas kesedaran masyarakat daripada kempen dan penerangan diadakan oleh pelbagai pihak.

Menjadi contoh kepada masyarakat setempat, ibu dan ayah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor antara turut mendapatkan suntikan bagi dos pertama.

Md Nor Taib, 80 dan Meriam Ahmad, 72 yang mesra dengan panggilan Pak Teh dan Mak Teh ini telah hadir menerima suntikan di Dewan Al-Hana, Pekan Sik, di sini pagi tadi.

Kehadiran mereka ditemani Pegawai Khas MB, Anuardi Abu Bakar sekali gus menyertai sekitar 1,000 penerima lain yang turut mendapat giliran suntikan hari ini.

Kesediaan mereka sebagai warga emas menerima suntikan penting ini turut menjadi teladan kepada kalangan yang masih ragu-ragu dan termakan dakyah para aktivaksin.

Pak Teh dan Mak Teh turut memberi isyarat menyokong seramai mungkin rakyat Malaysia untuk menerima suntikan ini agar sasaran imuniti kelompok dapat dicapai.

Dalam ulasan ringkas dinyatakan, mereka juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat para pegawai dan petugas kesihatan atas komitmen dilaksanakan