Home Berita PAS Perlis

Dana Prihatin disalur kepada guru PASTI Perlis

101
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 19 Julai: Hasil sumbangan orang ramai ke dalam Dana Prihatin PASTI Perlis telah disalurkan terus kepada guru-guru PASTI di negeri ini.

Satu majlis pengagihan sumbangan berkenaan telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perlis bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) semalam.

Seramai 130 orang guru hadir menerima sumbangan tersebut.

Menurut Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd. Jalil, sumbangan dibuat dalam dua bentuk iaitu wang tunai dan pek sumbangan.

“PASTI Negeri Perlis telah mengagihkan sebanyak 160 pek sumbangan yang mengandungi beras 5kg dan ayam basah secara pandu lalu manakala sumbangan wang tunai pula yang disalurkan terus ke akaun bank guru-guru.

“Alhamdulillah, semua ini adalah hasil sumbangan orang ramai ke dalam Dana Prihatin PASTI Perlis yang telah dilancarkan dan PASTI Negeri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, HPA Industries, Nas Madi Processing Sdn. Bhd. dan semua pihak yang sentiasa prihatin dalam membantu warga PASTI hingga ke hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini.