Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Fokus kestabilan, utamakan agenda kebajikan rakyat

86
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

FOKUS KESTABILAN, UTAMAKAN AGENDA KEBAJIKAN RAKYAT

Sokongan majoriti terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberikan fokus dalam menangani COVID-19.

PAS bersama Kerajaan PN sentiasa mementingkan kestabilan negara dan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijangka dapat diselesaikan pada hujung tahun ini.

Program vaksinasi yang menjadi kunci penting dalam menyelesaikan kemelut COVID-19 semakin membuahkan hasil. Kadar pemberian dos vaksin yang konsisten antara 450,000 hingga 500,000 mampu mempercepatkan negara mencapai imuniti kelompok.

Kerajaan PN juga sentiasa konsisten menjaga kebajikan rakyat tanpa menghirau gangguan daripada sesetengah pihak yang cuba berpolitiking secara melampau dalam suasana genting ini. Inisiatif seperti Program Bakul Makanan, Program JanaKerja, Program Subsidi Upah, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pelbagai lagi terus diperuntukan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat.

PAS juga menyeru rakyat Malaysia untuk terus bermunajat kepada Allah SWT demi kesejahteraan negara. Buat semua petugas barisan hadapan diharapkan terus bersabar dalam usaha menangani COVID-19.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
5 Ogos 2021 | 26 Zulhijjah 1442