Home Berita PAS Perak

Pemberian vaksin secara walk-in di seluruh negeri Perak

1015
SHARE

Oleh : Fatimah Azizuddin

IPOH: Keputusan Mesyuarat Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Kebangsaan bertarikh 2 Ogos 2021 telah mengarahkan pelaksanaan pemberian vaksin secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di semua negeri.

Susulan itu, Jawatankuasa Pemandu Vaksin Covid-19 Jabatan Kesihatan Negeri Perak memutuskan pelaksanaan tersebut berkuatkuasa pada 3 Ogos 2021 di Negeri Perak.

Menurut kenyataan, CITF menetapkan hanya PPV Awam sahaja yang terlibat dan masa walk-in bermula jam 2 hingga 5 petang setiap hari, yang mana tertakluk kepada hari operasi PPV tersebut.

Pemberian vaksin secara walk-in akan memberi kemudahan dan keutamaan kepada Warganegara Malaysia berumur 60 tahun keatas dan individu yang hadir perlu membawa dokumen pengenalan diri serta bukti menunjukkan mereka bermastautin di Negeri Perak.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dato’ Dr. Ding Lay Ming dalam kenyataannya berharap semua Pegawai Kesihatan Daerah dalam negeri ini dapat melaksanakan pemberian vaksin dengan baik dalam usaha negara kita mencapai imuniti kelompok serta melindungi golongan vulnerable dan berisiko tinggi dari dijangkiti Covid-19.