Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Festival Tatu Malaysia 2019 : Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penganjur

770
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Festival Tatu Malaysia 2019 : Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penganjur

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa tindakan undang-undang atas penganjuran Festival Tatu Malaysia 2019 pada 29 November hingga 1 Disember yang bertempat di KLCC, Kuala Lumpur.

Penganjuran festival nyata sekali tidak bermoral dan melanggar etika susulan terdapat peragaan separuh bogel yang diadakan dalam acara itu.

Ia jelas bercanggah dengan Rukun Negara kelima, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.

Lebih mengecewakan, penganjuran seperti ini berjaya dilakukan tanpa pantauan ketat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sehingga ia dilihat meminggirkan sosial budaya ketimuran di Malaysia.

Festival yang diadakan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada rakyat Malaysia yang majoritinya orang Islam untuk turut sama menyertai tanpa segan silu, walhal amalan bertatu ini dilarang sama sekali dalam agama Islam kerana ia bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W dari Ibnu Umar : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bahagian daripada mereka.”

PAS juga menggesa Menteri Agama dan kementerian terbabit untuk mengambil tindakan tegas dan tidak bersikap lepas tangan begitu sahaja serta dituntut untuk memberi penjelasan kepada rakyat agar program seperti ini tidak berulang lagi.

‘Islam Memimpin Perpaduan’
‘Muafakat Nasional, Membina Malaysia Sejahtera’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
3 Disember 2019 | 6 RabiulAkhir 1441