Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Malaysia Tatoo Expo 2019 Langgar Budaya Malaysia

393
SHARE

Malaysia Tatoo Expo 2019 Langgar Budaya Malaysia.

1.Dewan Muslimat PAS Malaysia menyelar penganjur Program Malaysia Tatoo Expo 2019, yang pertama kalinya diadakan di Semenanjung Malaysia. Tatoo Expo telah berlangsung di KLCC mulai 29 November hingga 1 Disember. Expo seperti ini pernah diadakan di tahun-tahun lalu tetapi berlangsung di negeri Sabah .

2.Budaya bertatoo adalah berlawan arus dengan nilai ketimuran dan melanggar tata susila budaya Malaysia selayaknya tidak dijadikan acara atau dijadikan normalisasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

3.Biarpun, kita menghormati kepelbagaian amalan dan budaya masyarakat pelbagai bangsa dan agama,tetapi apabila kementerian pelancongan di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia turut memberikan sokongan kepada aktiviti seperti ini amatlah mendukacitakan.

4.Pertunjukan separa bogel yang dipenuhi dengan tatoo di sebuah expo yang disertai oleh pelbagai peringkat pengunjung tidak lah layak menjadi nilai norma rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara kita.

5.Kementerian yang berkaitan mestilah membuat siasatan segera dan mengumumkan laporannya kepada awam bagaimana program seperti itu boleh mendapat sokongan dari kementeriannya.

Yb Senator Ustazah Nuridah bt Mohd Salleh,
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia,
3 Disember 2019