Home Berita PAS Kelantan

EXCO Wanita puji Gimnas Jerman beraksi tanpa ‘Leotard’

56
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 5 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi memuji tindakan gimnas Jerman yang berpakaian lebih sopan tanpa seragam leotard ketika beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo.

Baginya, langkah terpuji pasukan gimnastik itu menamatkan tradisi temasya sukan berprestij tersebut selama ini.
Menurut beliau, pakaian yang sopan adalah isu universal merentasi agama dan bangsa.

Jadi apa yang diperjuangkannya sebelum ini bukanlah isu Islam yang sering dimanipulasi sebagai tertutup dan kolot bahkan ia langkah kehadapan untuk kita membawa perubahan dalam dunia sukan.

“Kita melihat hal ini sebagai satu perkembangan positif kerana tumpuan menjurus kepada merit sukan itu sendiri bukan mengeksploitasi batang tubuh atlet wanita sebagai tarikan dan ukuran,” katanya ketika dihubungi.

Dato’ Mumtaz juga berkata perkembangan yang berlaku itu turut menjadi peneraju dalam perubahan ke arah pematuhan syariah Islam dalam konteks sukan.

Jelas beliau, Kelantan juga perintis perubahan pematuhan syariat dalam acara sukan bina badan patuh syariat pertama di negara ini.