Home Berita PAS Kelantan

Sasaran 40 peratus rakyat divaksinasi akhir Ogos – MB

30
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KUALA KRAI, 5 Ogos: Pada akhir Ogos ini penerima suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat Kelantan dijangka mencapai sasaran 40 peratus.

Demikian kenyataan Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada sidang media sempena lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sri Guchil hari ini.
Sebelumnya, beliau ke majlis yang sama di Dewan Manek Urai menyantuni orang ramai serta menyampaikan cenderahati kepada petugas PPV.

Berhubung dengan peningkatan kes di Kelantan akhir-akhir ini, beliau bercadang akan meningkatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dari semasa ke semasa.

“Dalam usaha mengatasi peningkatan kes, kesedaran dan kerjasama rang ramai amat diharapkan supaya kita segera dapat memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Kita hendaklah sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, jika kita gagal berbuat demikian akan menyebabkan kes kembali meningkat,” tambahnya.

YAB Menteri Besar turut merakamkan ucapan terimakasih kepada petugas barisan harapan dan sukarelawan yang selama ini memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen suntikan vaksin.

Turut mengiringi, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan Ketua Jajahan Kuala Krai, ketua-ketua jabatan dan pegawai tinggi kerajaan negeri dan pusat.