Oleh AZIZAH AKHILAH
SUNGAI PETANI, 2 Ogos 2021 : Dato Najmi Hj Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Sumber Manusia Negeri Kedah meluangkan masa meninjau bahagian forensik Hospital Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mendapatkan gambaran sebenar di lapangan berkenaan pengurusan jenazah.
Dato Najmi juga telah mengemukakan beberapa cadangan agar diberi perhatian serius dalam usaha mempercepatkan pengurusan jenazah di hospital.
Beliau juga mengharapkan semua pihak bersabar dan berlapang dada dalam sama-sama membantu pihak hospital dalam mempercepatkan pengurusan jenazah ini.
Dalam masa yang sama Dato Najmi sempat melawat tanah perkuburan Raudatul Solehin Taman Kelisa Sungai Petani, En Zulkifli Said Ketua Penyelaras Tanah Perkuburan memaklumkan tentang proses pengurusan jenazah.
Pengkebumian jenazah biasa (bukan Covid) dibenarkan dengan 20 orang sahaja dibenarkan masuk termasuk 3 orang Pengurus Penegkebumian dan seorang Penyelaras Tanah Perkuburan. Selesai pengkebumian semua dikehendaki meinggalkan tanah perkuburan.Sementara jenazah COVID diuruskan oleh KKM dan JPAM dengan SOP yang ditetapkan.