Home Berita PAS Sabah

8 Pelajar PASTI mangsa kebakaran terima bantuan

43
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
02 Ogos 2021

TAWAU : Seramai 8 pelajar PASTI yang terlibat dalam kebakaran di Kg Titingan telah menerima bantuan daripada PASTI Negeri Sabah dan PASTI Kawasan Tawau pada Sabtu baru ini.

Kebakaran yang  berlaku sehari sebelum umat Islam merayakan perayaan Hari Raya Aidiladha yang lalu tersebut telah memusnahkan lebih 50 buah rumah.

Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) , Ustaz Rosli Hasan berkata , pelajar PASTI yang terlibat dalam kebakaran itu adalah daripada  tiga buah PASTI iaitu pelajar daripada PASTI Nurul Falah, PASTI Nurul Ain dan PASTI Nurul Afeeya.

Menurut Ustaz Rosli  bantuan yang diberi berbentuk pakaian seragam PASTI, buku teks,  wang dan beberapa bentuk bantuan lain.

Ustaz Rosli berkata, Sektor Pendidikan Pemuda serta PASTI Negeri Sabah turut bersedih atas musibah yang menimpa, namun begitu mereka bersyukur tidak berlaku kemalangan jiwa.

” Saya berharap isu kebakaran yang kerap melanda daerah Tawau dapat dikaji dan di cari punca serta solusinya.

” Di samping itu, saya menyeru semua pihak agar berhati-hati semasa memasak dan dalam menyediakan makanan untuk keluarga.

” Kami Dewan Pemuda PAS Sabah ,  Dewan Pemuda PAS Tawau dan PASTI Kawasan Tawau akan sentiasa bersama masyarakat dalam mendidik anak-anak akan  ilmu pengetahuan serta ilmu-ilmu berkaitan keselamatan seperti ilmu keselamatan diri daripada api” Kata Ustaz Rosli ketika dihubungi.

Turut hadir dalam program penyerahan bantuan tersebut adalah, Pengerusi PASTI Sabah,  Haji Karim Dolah dan  Pengerusi PASTI Kawasan Tawau, Irwan Hamdan.