Home Artikel PAS Melaka

Eidul adha : mencari hikmah di sebalik ibadah korban | Ameerah PAS Melaka

206
SHARE

الله اكبر الله اكبر الله اكبر

DARI Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” Riwayat al-Tirmizi (1493)

Antara hikmah korban yang disebutkan di dalam kitab Fiqh al Manhaji ialah :

(1) Mengenang dan mencontohi ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya Sayidina Ismail as.

(2) Menghibur hati para fuqara, golongan miskin dan yang tidak berkemampuan dalam menikmati agihan korban buat keluarga dan anak-anak kecil mereka.
.
(3) Memperkuat hubungan ikatan ukhuwah di antara masyarakat Muslim dan menyemarakkan lagi roh jemaah di dalam hati mereka.

Justeru, Ameerah Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat dan selamat mengerjakan ibadah korban bagi yang menyertainya. Ingatlah sesungguhnya ibadah korban ini merupakan satu simbolik keakraban seorang hamba bersama Tuhannya dan menjadi bukti cinta agung dalam memanifestasi erti taqwa kepada Allah.

HUMAIRA’ JAMILAH ISA
Pengarah Ameerah Negeri Melaka
Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka

31 Julai 2020 | 10 Zulhijjah 1441H

#AmeerahMelaka
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

Sumber : FB Ameerah PAS Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)