Home Artikel PAS Melaka

Selamat Hari Raya Aidiladha 1441H | Muslimat PAS Melaka

186
SHARE

DEWAN Muslimat PAS Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Melaka yang tercinta.

Bersempena Hari Raya ‘Aidiladha ini, marilah kita bersama-sama mengambil ibrah akan tingginya pengorbanan yang membuktikan cinta dan taat setia kepada Allah melalui kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
(Surah As-Saaffat, Ayat 102)

Sesungguhnya, kisah yang berlaku pada para nabi memberi ibrah yang sangat besar buat seluruh umat manusia. Betapa hidup di muka bumi ini menuntut pengorbanan dari segenap aspek kehidupan.

Demikian itu, dalam kita merayakan hari yang mulia ini, jangan dilupa sedikit pengorbanan kita untuk melaksanakan SOP yang diperintahkan kerajaan dalam menangani wabak yang melanda.

Siiru ‘Ala Barakatillah

#SalamAidiladha
#Kitajagakita

Kredit sumber : FB DMPNM


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)