Home Artikel PAS Johor

Edaran Kalender 2020 Ameerah Johor

289
SHARE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
سلام جمعة

Alhamdulillah, telah selesai edaran kalendar 2020 daripada Ameerah Kawasan Pengerang, Bandar Penawar.

Program ini dianjurkan Ameerah Johor yang dilaksanakan oleh Ameerah- Ameerah kawasan dengan pemberian kalendar keluaran Ameerah Johor.

Perjalanan program ditemani hujan renyai di pagi Jumaat ini menambah lagi keberkatan program ini di samping penerimaan baik daripada masyarakat setempat.

Program berakhir dengan ziarah muslimat muda PAS, Nor Asikin Omar yang baru sahaja melahirkan zuriat ke-4 di Bandar Penawar.

Moga pertemuan singkat ini akan dapat menambahkan lagi pengenalan Ameerah iaitu muslimat muda PAS ke pelusuk Pengerang.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang dan ahli-ahli Ameerah Kawasan Pengerang yang turun padang bersama tadi.

Islam Memimpin Wanita Sejahtera.

#Pengerang #P157
#AmeerahPengerang
#AmeerahJohor
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS
#DewanMuslimatPASKawasanPengerang #DMPKP
#DewanMuslimatPASMalaysia #DMPM
#PASPengerang
#IslamMemimpin
#IslamMemimpinWanitaSejahtera