Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA NERANG, 12 Dis – Sekitar jam 10 pagi, Yang Di Pertua PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Aziz bersama Timbalan Yang Di Pertua PAS Padang Terap YB Hj Munir @Mohamad Yusoff Zakaria turun ke tapak nat pasar sehari di Pekan Kuala Nerang bagi menyampaikan surat khabar Harakah serta pelitup muka kepada peniaga dan pelanggan yang berada di sekitar Nat.
Kedua-dua pimpinan turut menyantuni serta bertanya khabar berita kepada peniaga dan pelanggan yang datang membeli keperluan barangan dapur.
Menurut Ydp “Alhamdulillah, kehadiran kami ke tapak nat tersebut di sambut baik oleh peniaga-peniaga serta pelanggan yang berkunjung ke sini “.
Menurut pesanan YB pula,”Walaupun kita berada di fasa 4 namun kita masih tetap perlu ikut arahan KKM agar patuhi SOP dengan memakai pelitup muka”.ujar YB semasa menyampaikan topeng pelitup muka kepada peniaga dan pelanggan.
Turut sama dalam program tersebut ialah jawatankuasa PKWR dan JPrD Dun Kuala Nerang.