Home Berita PAS Kedah

20 masyarakat Tionghua DUN Kuala Nerang terima sumbangan Beras Sejahtera

144
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 12 Dis – Seramai 20 orang penerima kaum Tionghua sekitar Dun Kuala Nerang telah menerima sumbangan Beras Sejahtera bersama barangan dapur serta sedikit saguhati dari Yb.

Program tersebut di adakan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan di sempurnakan oleh Yang Berhormat Hj Munir Zakaria bersama Yang DiPertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz .

Dalam ucapan ringkas Ydp Mohd Azam, beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat kaum Tionghua yang sudi hadir untuk menerima sumbangan.

Menurut Mohd Azam Islam mahukan kita berlaku adil serta eratkan perpaduan sesama kita walaupun berlainan bangsa dan agama.

“Sama-sama kita kongsikan apa yang ada bagi merealisasikan slogan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’,tambah beliau lagi.

Justeru itu, YB Hj Munir juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua penerima sumbangan.

“Sama-sama kita kongsi rezeki dan bina keharmonian dalam kehidupan tanpa mengira agama Dan bangsa” ujar Yb.Munir.

Turut serta dalam program ialah kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kuala Nerang.