Home Berita PAS Kelantan

DUN Pengkalan Pasir imbangkan bantuan

106
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

PASIR MAS, 9 Ogos: DUN Pengkalan Pasir turut mengagihkan bantuan kepada keluarga yang terkesan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 berupa bakul makanan sumbangan Kerajaan Negeri, kepada 1,100 penerima.

Menurut ADUN Pengkalan Pasir, YB Dato’ Hanifa Ahmad, bantuan untuk peniaga kecil sehingga kini seramai 250 penerima diberi tunai.

Melalui program Jejak Amal COVID Komuniti (JACK) kelolaan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KekWa) seramai 200 penerima bakul makanan.

Bantuan bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut diagihkan membabitkan seramai 200 penerima.

Selain itu, bantuan daripada Pakej Perlindungan dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Parlimen Pasir Mas seramai 1,250 penerima bakul makanan.

Pejabat DUN juga turut mengagihkan bakul makanan untuk 1000 penerima membabitkan Masjid Mukim dalam DUN Pengkalan Pasir.

Selain itu, ada juga sumbangan daripada NGO kepada Pejabat DUN iaitu sebanyak 150 bakul makanan untuk diagihkan kepada orang ramai.