Home Berita PAS Kelantan

Tim Viraliyat UPKN gabung unit turun padang sepasukan

40
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 9 Ogos: Sejak mempraktikkan budaya ganda tugas, staf Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) khususnya Tim Viraliyat saling bergabung unit turun padang membuat liputan di lapangan mahu pun di studio.

Pengarahnya, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata, pegawai di setiap unit memiliki kebolehan tersendiri di samping kepakaran bidang kerja hakiki, jadi kita manfaatkan kelebihan ini untuk bergabung tenaga menjayakan misi penyiaran berita dan program digital.

“Contohnya untuk menyiapkan tugasan Viraliyat berdasarkan jadual minggu lepas, Penolong Pengarah (Hubungan Seranta) yang berkebolehan mengendalikan drone untuk teknik sorotan “mata helang” diminta berkerjasama dengan Penolong Pengarah (Pengarang), wartawan dan jurugambar dari Unit Penerbitan dan Dokumentasi (UPD) untuk membuat liputan khas status pembinaan Projek Warisan Kampung Laut dari pandangan atas.

Empat pegawai tersebut dipantau oleh Penolong Pengarah Kanan (Multimedia) selaku Ketua Pasukan Media UPKN di lapangan.
Manakala staf unit pentadbiran pula bertanggungjawab membawa mereka ke lokasi berkenaan dengan kenderaan rasmi jabatan.

Ternyata sudut pemberitaan berita, sorotan foto mahupun video yang dihasilkan lebih menarik perspektifnya serta mendapat banyak perkongsian di media sosial pihak lain”, katanya yang bangga dengan pencapaian anak buah.

Tambahnya, naratif pemberitaan disediakan secara berjadual pada setiap pagi Ahad kepada Tim Viraliyat oleh Timbalan Pengarah selepas bermesyuarat bersama Pengarah dan tiga Penolong Pengarah Kanan selaku ketua unit berkaitan.

Menurut YB Fathan lagi, Tim Viraliyat diwujudkan khas pada awal Jun lalu untuk melaporkan berita semasa aktiviti Kerajaan Negeri Kelantan secara sistematik mengikut tema mingguan.

Tim tersebut membuat liputan dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan spiritual yang diterjemahkan dengan penerbitan berkala berdasarkan kuantiti iaitu sebuah poster atau infografik dan klip video serta tiga berita atau rencana sehari yang turut melibatkan penyaluran informasi daripada pegawai Unit Libat Urus Masyarakat (ULUM) dan Unit Multimedia.

Tidak terkecuali, para Penolong Pegawai (Penerangan Zon) baharu diberi peluang mengacarakan program maya yang melibatkan panel berwibawa seperti slot Bicara Mufti yang semakin sohor kini.

Mereka berganding bersama senior sebagai latihan membiasakan diri berhadapan lensa, termasuk juga Penolong Pegawai (Perhubungan Awam) dilatih mengemudi kamera video dibawah seliaan editor video dari Unit Multmedia pada acara siaran langsung mahu pun rakaman di studio yang diacarakan oleh Penolong Pengarah (Pegawai Penyelidik) dari UPD.

“Terbukti keserasian para pegawai bekerja sebagai satu pasukan semakin meningkatkan produktiviti di samping mewujudkan suasana dan budaya kerja secara kolektif dan harmoni”, jelasnya.