Home Berita PAS Kelantan

DUN Kelantan bersidang selepas sidang Parlimen

15
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 26 Jun: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan dilaksanakan secara bersemuka selepas tarikh sidang Parlimen ditentukan.
Speaker DUN Kelantan, YB Dato’ Abdullah Ya’kub berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan persidangan DUN dalam tempoh terdekat berikutan masih terikat dengan Ordinan Darurat.
“Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk mengadakan sidang DUN pada bila-bila masa. Keputusan ini dibuat hasil perbincangan bersama Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob, selepas mengambil kira jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih kecil iaitu 45 orang, berbanding persidangan Parlimen”, katanya ketika dihubungi.
Katanya lagi, persidangan DUN Kelantan tetap akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung COVID-19.
Kali terakhir, DUN Kelantan bersidang selama 45 minit pada 13 April 2020 ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).