Home Berita PAS Kedah

AADK Kuala Muda, ADUN Pantai Merdeka anjur kejohanan bowling

70
SHARE

Oleh ANA NAJWA

PANTAI MERDEKA – Program SMART Kejohanan Bowling AADK Kuala Muda 2022 ini julung kalinya dianjurkan dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka yang juga Timbalan Speaker DUN Negeri Kedah, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim.

PKWR DUN Pantai Merdeka diwakili oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada pegawai- pegawai PKWR bagi memeriahkan lagi kejohanan. Program ini melibatkan seramai 60 orang peserta yang dijemput oleh pihak AADK untuk menyertai Pertandingan Bowling ini.

Para peserta telah diberi taklimat ringkas berkaitan bahaya dadah oleh Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Kuala Muda, Encik Ku Marulazwan Ku Mansor.

Di akhir program, YB Ustaz turut menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang memenangi kejohanan. Sebanyak 10 buah pasukan telah terlibat menyertai pertandingan ini.

Johan telah dimenangi oleh Pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka. Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan tempat ketiga dimenangi oleh Persatuan Suri dan Anggota Penjawat Awam Wanita (PUSPANITA).

YB Ustaz mengharapkan agar para belia yang menyertai program ini akan menjadi generasi yang bebas dadah. Beliau turut mengharapkan agar kerjasama erat antara Pusat Khidmat dan AADK kuala Muda akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menangani masalah dadah di daerah Kuala Muda khususnya di DUN Pantai Merdeka.

Turut hadir Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda, Puan Arnida Ishak.