Home Artikel PAS Melaka

PAS Kawasan Masjid Tanah buat laporan polis Facebook hina TGHH

732
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 19 Nov : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman telah membuat satu laporan polis ke atas pemegang akaun Facebook Melaka State di Balai Polis Masjid Tanah, di sini pagi semalam.

Turut sama mengiringi beliau ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Asri Shaik Abdul Aziz, Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Cikgu Arshad Md Som, serta beberapa orang lagi pimpinan PAS peringkat kawasan, MTD dan cawangan serta para pimpinan Armada Bersatu.

Laporan polis tersebut telah diterima oleh Koperal Hazlipah Mohd Razali pada pukul 11.12 pagi.

Menurut Ustaz Imran, laporan ini dibuat ke atas pemilik akaun Facebook Melaka State yang memuatnaik satu poster yang mengandungi gambar Tuan Guru Presiden PAS yang telah diubahsuai dengan niat untuk mengaibkan.

“Mereka ini adalah golongan yang tidak bertanggungjawab, bankrupt idea, tidak tahu cara sebenar untuk bersaing dalam politik sehingga terpaksa menggunakan cara yang jijik seperti ini!

“Kita tahu mereka ini tidak mewakili suara rakyat yang sebenar. Rakyat pun marah dengan tindakan tidak bermaruah mereka ini.

“Justeru dengan segera kami membuat laporan polis dan minta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun tersebut,” ujar beliau.

Sementara itu AJK PAS Cawangan Sungai Tuang, Abd Aziz Hasan, 62, yang turut bersama-sama mengiringi aduan tersebut berharap agar pemilik Facebook berhati-hati apa membuat apa-apa hantaran.

“Kadang-kadang sesetengah perkara itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakan keharmonian dan keamanan negara” ujar beliau.

Beliau juga berharap semoga laporan ini dapat memberi kesan dan memberi peringatan kepada pemilik-pemilik akaun lain supaya berwasapada dengan setiap hantaran yang mereka lakukan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)