Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Rundingan penubuhan negeri

701
SHARE

20 NOVEMBER 1946

PADA hari ini dalam tahun 1946, satu persidangan bagi menerima penyata jawatankuasa kerja penubuhan negeri telah diadakan.

Persidangan ini dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Malcom Mc. Donald, Gabenor Tanah Melayu, Duli-Duli Yang Maha Mulia dan wakil-wakil Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di King’s House, Kuala Lumpur.

Persidangan ini dijalankan untuk meneliti perkara-perkara mengenai penubuhan kerajaan pusat dan membincang mengenai hak-hak kerakyatan Tanah Melayu.

Duli-Duli Yang Maha Mulia dan wakil-wakil UMNO berpuas hati dengan cadangan yang dianggap sebagai satu tapak yang kukuh untuk penubuhan kerajaan negeri.

Jawatankuasa kerja telah merangka perlembagaan baru dalam bentuk rancangan sementara yang dapat diterima oleh orang-orang Melayu selain mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap dan membentuk asas kemajuan politik dan perlembagaan di masa hadapan.

Laporan jawatankuasa yang dikeluarkan pada bulan Disember 1947, menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Kredit sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)