Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

DPPM | “Perkembangan Mutakhir Dunia Islam”

2117
SHARE


Perkembangan Mutakhir Dunia Islam

Sejurus selepas berlakunya cubaan rampasan kuasa yang gagal di Turki pada julai 2016, saya ada menulis satu artikel yang bertajuk: Politik Turki: Apa Selepas ini ? Saya membuat beberapa andaian antaranya Turki akan lebih rapat dengan Rusia dan Iran.

Ianya berlaku apabila Turki bersama-sama dengan Rusia dan Iran mengusahakan pelan damai perang di Syria dan ianya berjaya.

Rentetan daripada itu Zionis Freemason sedang mengatur perancangan baru untuk membentuk negara Kurdistan di Iraq bagi menjadi pengkalan mereka di tengah-tengah rantau yang panas dan sentiasa bergolak ini. Usaha yang ditentang oleh Iraq, Turki dan Iran ini menyebabkan ketiga-tiga negara ini bertambah rapat mengadakan persefahaman politik walaupun wujudnya jurang-jurang antara satu masa lain.

Semalam Presiden Turki, Rejab Tayyib Erdogan memulakan lawatan rasminya ke Iran untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala khususnya dalam mendepani cabaran-cabaran semasa. Dengan sendirinya pakatan negara-negara Arab boneka Amerika Syarikat makin terpinggir.

Perkembangan baru yang sedang rancak berlaku ini sangat menarik dan diikuti oleh pencinta Islam dengan penuh harapan agar dunia Islam kembali ke zaman kegemilangannya insyaallah.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
14 Muharram 1439 | 5 Oktober 2017