Home Artikel PAS Negeri Sembilan

DHPP bersemangat bantu PAS – Ustaz Mustaffa Daharun

810
SHARE

SEREMBAN: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Daharun beliau kagum dengan semangat yang berkobar-kobar dari kepimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ustaz Mustafa berkongsi pengalaman pertemuan beliau dengan DHPP Pusat dan DHPP Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Saya melihat sahabat kita dalam DHPP begitu bersemangat menghadapi PRU14. Saya tengok semangat mereka begitu tinggi dalam mesyuarat tersebut. Tinggal tak takbir sahaja.

PAS Negeri Sembilan bersedia menghadapi PRU14. Kita sasar bertanding 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Itu belum dikira dengan kerusi yang bakal ditandingi calon dari DHPP. Saya harap kita boleh memerintah Negeri Sembilan. Kalau tak dapat memerintah Negeri Sembilan pun, sekurang-kurangnya kita hantar wakil (ADUN) ke persidangan DUN.

“Insya-Allah PAS akan menang sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen. Adalah tanggungjawab kita untuk memastikan suara Islam ditambah dalam parlimen. Semoga Allah bagi kekuatan kepada kita,” katanya semasa merasmikan program Bicara Pilihan Raya bersama Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Ustaz Zaharudin Mohammad di Seremban 24 September. – Harakah, Bil. 2284