Home Berita PAS Johor

“Doakan yang terbaik”- Cikgu Muna

508
SHARE

 

Oleh NABILAH NASUHA

PULAI, 25 Feb : Maimunah Safwah Musa yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Muna merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS yang akan bertanding di Dun N02 Jementah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ke-15 yang akan berlangsung pada 12 Mac nanti.

Cikgu Muna yang merupakan seorang guru PASTI dan pengusaha Taska TASTI ini sememangnya sudah mesra di mata masyarakat.

Beliau yang ketika ditanya mengenai manifesto lebih senang menunggu untuk mengumumkannya selepas penamaan calon pada Sabtu ini.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas kerusi Jementah telah dimenangi oleh Tan Chen It Choon daripada PH yang memperolehi 16,336 undi menewaskan calon BN, Chiam Yok Meng (9335 undi) dan calon PAS, Mazlan Ahmad (1986 undi) dengan majoriti sebanyak 7001 undi.

Pada PRU-14 yang lepas juga PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi, manakala BN memperolehi 19 kerusi sementara PAS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.

Cikgu Muna akan bertanding dengan bersama calon MCA dan calon DAP, Ng Kor Sim.