Home Berita PAS Negeri Sembilan

Anugerah Prestasi Pasti Al Hassan Port Dickson

241
SHARE

Oleh TOK MOK

PORT DICKSON, 25 Februari : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Hassan Taman Desa Port Dickson (PD), Sua Betung telah mengadakan Majlis Anugerah Prestasi bagi meraikan pelajar-pelajar bagi sesi akademik 2021- 2022, di sini.

Pengurusnya, Ustaz Shahril Md Zain memberitahu bahawa majlis tersebut berlangsung dengan mematuhi amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat akibat peningkatan mendadak jumlah yang dijangkiti Covid-19 di negara ini.

Tetamu jemputan, Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan PD, Ustaz Abdul Fatah Zakaria telah menyempurnakan acara penyampaian sijil dan cenderamata tanpa ada pelajar dan ibu bapa yang menjadi penonton.

Malahan, beliau mengeaskan bahawa ibu bapa yang hadir hanya boleh merakamkan gambar kenangan bersama anak-anak mereka yang menerima sijil dan cenderamata di pentas yang disediakan dan terus berlalu pergi.

Katanya lagi, beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada Pengurus serta dua orang guru PASTI tersebut iaitu Junaidah Mukhtar dan Kamisah Abu Bakar sebagai penghargaan jasa yang dicurahkan sepanjang sesi persekolahan yang lepas.