Hari ini bermulalah perjuangan anak-anak kita yang mengambil peperiksaan SPM bagi tahun 2020.
Anak-anak kita pada kali ini menjadi satu batch SPM yang paling teruji kerana berada dalam situasi kegawatan akibat bencana wabak Covid-19.
Namun saya percaya anak-anak hebat ini kuat dan tabah dalam mengharungi kesukaran ini. Jadikan segala kesukaran ini sebagai satu motivasi untuk mencapai kejayaan.
Buat semua anak-anak hebat yang akan melalui hampir sebulan peperiksaan SPM ini kami seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga PAS Kawasan Masjid Tanah mengiringi anda masuk ke dewan peperiksaan dengan doa :
“Ya Allah yang Maha Pengasih, permudahkanlah urusan anak-anak ini dalam menjawab soalan peperiksaan SPM ini, berikanlah anak-anak ini kejayaan yang cemerlang agar mereka dapat membina masa depan yang gemilang dan dapat membela nasib ibu bapa dan keluarga dan dapat berbakti kepada ummah dan negara. Amin ya Rabbal Alamin”
SEMOGA BERJAYA
USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah
• Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka