Home Berita PAS Johor

Diari Ramadan Dun Maharani | YB Cikgu Abd Aziz bersama masyarakat

163
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 10 Apr : Pada 7 April, Adun Maharani, YB Cikgu Abd Aziz Talib telah bersama-sama turut serta rombongan Pegawai Daerah Muar YBhg Dato’  Mustaffa Kamal Dato’ Shamsudin berjemaah di Masjid Al Hikmah, Parit Kadhi.

Rombongan Pegawai Daerah yang turut disertai ketua-ketua jabatan telah mengadakan lawatan ke masjid-masjid sambil menyantuni masyarakat sekitar bandar Maharani sempena bulan Ramadan ini.
Turut sama hadir ialah para penghulu dan ketua-ketua kampung.

“Saya mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada YBhg Dato’ Shamsudin dan rombongannya atas inisiatif turun ke masjid-masjid untuk bersama masyarakat,” ujar YB Cikgu Abd Aziz.

Pada 8 April pula menerima kunjungan rakan lama dalam bidang perguruan, YM Raja Naguib Raja Ali yang merupakan mantan Timbalan Pengerusi Guru Besar Daerah Muar.

Beliau hadir memberikan sokongan dan turut membincangkan berapa perkara demi kebaikan bersama.

Antara program kerjasama terdekat yang dirancangkan adalah pemberian sumbangan sepanjang Ramadan ini. Kerjasama ini adalah antara Klinik Anda yang terletak di Jalan Abdul Rahman dengan pihak Pejabat Adun Maharani.

Pada 10 April pula,, beliau meninjau SRITI Ar Ridzuan yang mula beroperasi di premis yang baharu terletak di Jalan Mohamadiah, Taman Sri Tanjung. Sempat bertemu Guru Besar, Ustaz Irfan Sazali berbincang tentang perkembangan sekolah.

“Melihat anak-anak belajar di persekitaran baru yang lebih selesa buat saya bangga dengan pengurusan SRITI Ar Ridzuan. Semoga selepas ini, pelajar akan terus bertambah dan sekolah semakin maju demi pendidikan yang berteraskan Islam untuk anak bangsa ,” jelas beliau penuh optimis.