Home Berita PAS Pahang

PASKIM teruskan program Sekampit Beras Sekilo Gula

85
SHARE

Oleh: LIZA ALI

INDERA MAHKOTA, 10 Apr :: Program Sekampit Beras Sekilo Gula (SBSG) yang merupakan program tahunan PAS Kawasan Indera Mahkota (PASKIM) sejak hampir 12 tahun lalu telah dilaksanakan semula setelah terhenti seketika kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan penularan wabak Covid-19 dua tahun lalu.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu pada Majlis Pelancaran Sekampit Beras Sekilo Gula yang dilancarkan di Masjid Balok Makmur kelmarin.

“Saya harap program ini dapat berjalan semula dan disambut dengan baik oleh semua lapisan masyarakat agar dapat bersama menyumbang bantuan untuk mereka yang memerlukan barangan asas sempena Ramadan dan Hari Raya nanti.

“Kita mensasarkan sebanyak 400 pek barangan keperluan asas untuk diserah kepada golongan asnaf dan orang ramai yang kehilangan perkerjaan kerana pandemik Covid-19 di mana 200 pek yang diberi setiap bulan akan dijalankan semula seperti biasa,” ujar Andansura lagi.

Turut bersama dalam majlis tersebut ialah ahli-ahli jawatankuasa PASKIM antaranya Timbalan Yang Dipertua Tengku Zaidi Tengku Musa, Ketua Penerangan Kawasan Ahmad Azlan Abu Bakar dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Jamil Senir.