Home Berita PAS Sabah

Ihya Ramadan erat ukhuwah warga PASTI Lahad Datu

115
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco

10 April 2022

Lahad Datu : Ihya Ramadan anjuran PASTI Lahad Datu diadakan bagi mengeratkan ukhuwah antara pihak pengurusan, guru dan ibubapa murid pada kelmarin semalam.

Program yang dilaksanakan di tiga buah PASTI iaitu PASTI Al-Fateh, PASTI An- Najah dan PASTI Permata Kasih melibatkan aktiviti berbuka puasa, solat fardhu serta tarawih berjemaah dan moreh.

Dalam ucapannya, Ketua Pemuda PAS Kawasan, Landari Labobo, mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa khasnya kerana sudi hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis itu.

 

 

“Saya menyeru agar menjadikan Ramadan kali ini bulan yang bermakna dengan memperbanyakkan amal ibadah dan juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam,” ujarnya lagi.

Turut hadir Naib Dewan Pemuda PAS Lahad Datu, Tan Chin Khoon yang memimpin solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah.